Ciri kimia Asid_hidroklorik

Hidrogen klorida (HCl) merupakan asid monoprotik, dan boleh diceraikan hanya sekali untuk melepaskan satu ion hidrogen (H+), iaitu satu proton. Dalam asid hidroklorik akueous, ion H+ bergabung dengan molekul air untuk membentuk ion hidronium, H3O+.

HCl + H2O ⇌ H3O+ + Cl−

Ion lain yang dibentuk ialah klorida, Cl-. Oleh itu asid hidroklorik boleh digunakan untuk menghasilkan garam klorida, seperti natrium klorida, NaCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat, dan mengalami penceraian sepenuhnya dalam air.

Sebagai asid kuat, asid hidroklorik mempunyai pemalar penceraian asid, Ka yang besar. Apabila garam klorida seperti NaCl ditambah kepada HCl akueous mereka tidak mampu mengubah pH, dan ini menunjukkan ion Cl- merupakan bes konjugat yang lemah sekali dan HCl mengalami penceraian sepenuhnya dalam larutan akueous. Untuk larutan asid hidroklorik yang sederhana hingga kuat, kepekatan H+ boelh diandaikan sama dengan kepekatan HCl, tepat sehingga empat digit bererti.